Piawai pengukuranterdiri dari beberapa kategori seperti berikut:
1. Piawai Antarabangsa
Suatu piawai yang diterima secara persetujuan antarabangsa untuk digunakan sebagai asas untuk menetapkan nilai-nilai lain piawai kuantiti berkenaan. -BSI- British Standard Institution -IEC- International Electrotechnical Commission -ISO- International Organisation for Standardization
2. Piawai Utama
Piawai ini adalah di peringkat kebangsaan yang telah diterima secara rasmi oleh sesebuah negara untuk digunakan sebagai asas bagi menetapkan nilai-nilai lain kuantiti berkenaan di negara tersebut. - Makmal Metrologi Kebangsaan M'sia SIRIM
3. Piawai Kedua
Dikenali juga sebagai piawai rujukan dan digunakan di makmal-makmal industri. Contoh: - SIRIM - Pusat Penyelidikan Pertahanan, Kem. Pertahanan - Timbang & Sukat Kem. Perdagangan & Perindustrian - Universiti tempatan - Indistri
4. Piawai Kerja
Suatu piawai yang ditentukur dengan menggunakan piawai kedua. Piawai ini digunakan untuk menentukur atau memeriksa bahan ukuran atau instrumen-instrumen mengukur sesebuah makmal misalnya ketepatan sesuatu alat.
- SIRIM - Universiti tempatan - Industri
Senggaraan Ubahsuai
16 years ago
No comments:
Post a Comment