Sunday, April 12, 2009

Kategori Pelayan Pengukuran

Piawai pengukuranterdiri dari beberapa kategori seperti berikut:

1. Piawai Antarabangsa
Suatu piawai yang diterima secara persetujuan antarabangsa untuk digunakan sebagai asas untuk menetapkan nilai-nilai lain piawai kuantiti berkenaan. -BSI- British Standard Institution -IEC- International Electrotechnical Commission -ISO- International Organisation for Standardization

2. Piawai Utama  
Piawai ini adalah di peringkat kebangsaan yang telah diterima secara rasmi oleh sesebuah negara untuk digunakan sebagai asas bagi menetapkan nilai-nilai lain kuantiti berkenaan di negara tersebut. - Makmal Metrologi Kebangsaan M'sia SIRIM

3. Piawai Kedua  
Dikenali juga sebagai piawai rujukan dan digunakan di makmal-makmal industri. Contoh: - SIRIM - Pusat Penyelidikan Pertahanan, Kem. Pertahanan - Timbang & Sukat Kem. Perdagangan & Perindustrian - Universiti tempatan - Indistri

4. Piawai Kerja
Suatu piawai yang ditentukur dengan menggunakan piawai kedua. Piawai ini digunakan untuk menentukur atau memeriksa bahan ukuran atau instrumen-instrumen mengukur sesebuah makmal misalnya ketepatan sesuatu alat.
- SIRIM - Universiti tempatan - Industri

Piawaian

Piawai pengukuran adalah suatu bahan ukuran, instrumen ukuran atau sistem ukuran yang digunakan untuk mentakrif, mewujud dan memelihara nilai sesuatu kuantiti untuk dibandingkan dengan lain-lain instrument mengukur.